
gambar isnin aritu. ainil takut bawak aku takut terberanak dlm kete. cis.
so mlm tu lak check up mcm biasa. timbang berat. tahniah sebab aku naik lagi 2kg dlm masa 1minggu! rasa nak lempang diri sendiri time tu. total dah naik adalah 19kg. mulai malam tu terus janji tanak mentekedarah lagi. ameir pon dah catu makanan aku. sobsss. pastu scan. check kepala baby dah 39minggu 2hari. berat baby..... dah 3.2kg! aku dah terdiam. besarnya. camne aku ni. doktor zul pegang2 perut aku. hmmm baby agak besar.. tepi ni semua air ketuban.. yg ni je baby, tapi baby agak besar ye.. ni dalam 3.1kg-3.3kg. kalau biar lagi lama boleh jadi 3.6kg. terus tetibe cuak. mengaju berdas2 soalan pada doktor pastu. sebab, baby tak engage lagi!!! doktor cakap kepala baby tinggi lagi ni.. hmmm.. uri dah matang.. hmmmm. takpe kita tengok camne. khamis ni awak dtg lagi naik atas buat CTG dan VE (VE??????? OH NO!). aku pasrah je. pastu doktor tanya lagi.. tarikh first day awak period ni betul ke. aku cakap betul sbb aku mmg tick tiap kali dtg. hmmm awak dah kira overdue ni. siapa yang bagi EDD 8/4 ni? aku ckp klinik panel. yep, sepatutnya EDD aku kalau ikut last period adalah 26/3. pastu doktor ckp, tp period awak regular, takde masalah semua kan? aku ckp ehhh tak, period saya irregular. baru doktor mcm ohhh ok. so next week isnin jumpa doktor lagi utk tentukan samaada aku kena induce atau dia bg tempoh lagi 1minggu. dia macam nak suruh aku induce sebab takut baby lagi besar. aku lak kalau boleh tanak induce, nak natural! balik rumah aku terdiam. macam2 dlm fikiran.. dan macam2 andaian aku buat.
1. normal la for first time mothers yg overdue, sebab laluan takde lagi.
2. utk aku yg irregular period ni, susah utk tentukan bila sbnrnya waktu subur. tu sebab aku tak tau aku pregnant until i was in 8weeks! sbb seingat aku, seminggu sebelum ameir paksa aku buat test, aku ada buat test tapi petang so maybe hormon tu kurang and memang 1line je. tapi lepas seminggu aku test lepas subuh the first urine, hambek 0.5saat dah 2line.
3. setiap org ada cycle dia sendiri. sapa yg period tetap, cth bulan ni dtg period 15mac, next month pon tetap 15april, senang nak kira. dan rata2 aku rasa kalau pregnant, for sure takkan lebih 39minggu. sure akan terberanak sekitar 32minggu-37minggu. confirm! sbb cycle tu mmg dah tetap.
4. dan sbnrnya aku masih was2 betul ke baby ni 39minggu? katakanlah aku ni sbnrnya dalam minggu ke 37 tapi baby aku besar, tak ikut graf la kiranya, terlebih berat so dia akan jadi besar dari minggunya. so camne nak tentukan yg betul2??
sbnrnya, EDD kita tu adalah GUESStimate sahaja. takde sape tahu bila baby akan keluar kecuali ALLAH dan baby tu sendiri. baby akan keluar bila dia ready, bila2 masa saja. aku takut nak induce sebab aku tanak paksa dia keluar but at the same time aku takut apa2 jadi. semuanya ALLAH dah tentukan. aku dah tak pedulik sape yg lagi lambat EDD dari aku dah bersalin ke apa. cuma skang ni, aku pujuk baby utk keluar dan permudahkan semuanya.

benda ni yg aku paling takut sebenarnya. tgk chart kat atas ni. doktor induce bagi 3ubat ikut masuk bawah tak silap aku. kalau jalan tak bukak2 lagi, operate lah jawabnya. once kau dah operate, anak2 seterusnya maybe kena operate?? oh aku tanak............
aku ada tanya doktor pasal xray ukur pelvis, samada muat ke tak utk baby keluar. doktor cakap, method tu dah tak berkesan sebab ada experiment yang dijalankan, 50% pelvis kecik dan 50% pelvis normal. tapi org yang kita ingat tak boleh deliver normal sebenarnya boleh, org yang kita ingat boleh, tak boleh pulak. dan aku baru teringat ada org bgtau, body kita dah dicipta oleh ALLAH utk baby boleh keluar. ada yg tinggi 147cm, tapi baby besar, still boleh normal. apatah lagi atas daripada tu. tulang2 kita membesar, kepala baby lak lembut. insyallah boleh. kena yakin!
p/s : aku dah start minum air akar fatimah. bau diaaaaa perghhhhhhhh menusuk kalbu tapi telan jelah.
5 comments:
tak lah. member aku anak first czer, anak second normal. jgn risau lah.
eena, aku doakan yg terbaik utk ko okay. jgn risau sangat. aku doakan anak ko engage so that ko boleh bersalin normal.
kwn i kata dia msk ubat apa tah kt punggung aritu sakit.utk berak kot lps beranak.xigt apa dia cerita hoihoho.seriau.besar gile perut mcm nk meletup(tgh imagine perut i cmtu ke nt kita kan kecik lebih kurg je bdn haha)
insyaAllah kau boleh,eena
jgn fikir mcm2 sgt ok
nnt lg pressure
push......push...wekkk..wekkk..all the best.
etty : thanks etty! biasala risau terlebih nak overdue ni huhu
lisa : haipp sila jaga makan mulai sekarang *menyesal tetibe
dilla : tula kesian baby pon stress..
soul : amboii bunyi cam senang je kann
Post a Comment