disebabkan dlm kelas antenatal aritu takde provide tentang teknik pernafasan so aku google sendiri. sorry, aku masih lagi membaca kisah2 bersalin yang positif! hahaha. perasan tak, dorang sikit pon tak cakap sakit, siap cakap painless lagi. mak aiii. so yg aku faham sekarang adalah kalau surges (word yg lagi baik dari contraction), rilek dan try jalan2, tukar posisi. ada byk posisi. ni nanti aku sentuh. bila dah agak2 2min apart, gi hospital dan prektis breathing. haaa tgk video atas tu. minah omputih ni cakap mcm simple jeee haihhh. ada birth breathing la ada J breathing la. semalam prektis breathing dgn ameir, ok sgt kelakarrr tak tau la ajaran sesat ke apa.
cuba baca kisah yg kat bawah ni plak :
Hasnah's Gentle HypnoBirth Story
BAYI HYPNOBIRTHING – NABEELAH HUSNA
Aku mengetahui mengenai HypnoBirthing melalui Majalah Pa & Ma. Ketika itu, kandungan kedua sudah mencecah 6 bulan. Bersalin kali ini aku berazam untuk menyiapkan diri untuk bersalin dengan cara yang mudah memandangkan aku langsung tidak pergi mana-mana kelas persediaan bersalin (pre-natal) bagi kelahiran pertama. Aku hanya menumpukan pada penyusuan susu ibu sahaja. Bagi kelahiran pertama, aku terpaksa membuat ‘induction’ kerana pergerakan bayi kurang dari 10 kali.
Melalui pembacaan buku HypnoBirthing dan berjumpa dengan Pn Soo Wai Han yang sangat mesra dan prihatin, aku mempraktiskan sleep breathing, slow breathing dan mendengar guidance dari CD setiap hari. Kawan-kawan sepejabat semua tertanya-tanya bilakah aku akan bersalin memandangkan bentuk perutku semakin ke bawah. Aku hanya membuat lawak apabila aku akan bersalin pada 18 Ogos supaya tarikh lahirku sama seperti kawan baikku.
Penantianku berakhir pada 18 Ogos 2010 (minggu ke39) apabila terdapat ‘birth show’ pukul 1.00 pagi. Disebabkan aku tidak merasakan sakit, aku terus tidur dan bersahur (makan sebelah pagi untuk berpuasa) seperti tiada apa-apa yang terjadi. Aku memandu ke tempat kerja pada paginya dan berpuasa seperti biasa. Sehinggalah pukul 12.00 tengahari, ‘surge’ sudah mula terasa. Aku tidak senang duduk di pejabat, lalu berjalan di sekitarnya sambil membuat ‘breathing’ dan mendengar CD. Pukul 3.00 petang, ‘surge’ semakin kuat. Aku meminta nasihat Pn Soo Wai Han sama ada perlukah aku balik sekarang atau tidak. Memandangkan aku dapat bergelak ketawa, dia menjangkakan bahawa aku mengambil masa yang lama lagi untuk bersalin. Namun dia menasihatkan supaya aku balik supaya keadaan aku tidak menakutkan kawan-kawan sepejabat. Argh, memandu sambil membuat senaman ‘breathing’ memang menyeksakan.
Setibanya di rumah, aku sempat mengemaskan beg-beg baju. Aku menelefon suamiku supaya membeli semua makanan idamanku; air kelapa, kuew tiaw, popia goreng memandangkan aku tidak boleh makan selama 44 hari. Jam menunjukkan angka 4 apabila aku mandi. Selepas solat Asar, ‘surge’ semakin kuat dan aku mengambil keputusan untuk tidur. Yup, betul kata Pn Soo! Aku langsung tidak merasa sakit semasa sedang tidur. Waktu berbuka puasa semakin tiba dan aku seperti kelaparan apabila makan semua yang diidam-idamkan. Aku menelefon emakku bahawa aku mengalami ‘false labour’ kerana tidak merasakan kesakitan langsung sehinggalah pukul 10.00 malam. Keluargaku akan datang untuk mengambil anak sulungku semasa aku berada di hospital kelak. Bersama dengan suamiku, aku solat terawih yang terakhir untuk tahun ini di atas ‘birth ball’. Haha, lawak bukan! Bersolat di atas bola besar yang bergerak-gerak! Aku patuh pada nasihat Pn Soo untuk pergi ke hospital apabila kita sendiri tidak menahan kesakitan.
Tepat 12.30 malam aku bersiap untuk bergerak ke hospital. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami ke Hospital Putrajaya. Sesampainya di bahagian pemeriksaan, jururawat mendapati bukaan sudah 8cm dan kepala sudah di bahagian serviks. Dia hampir tidak percaya kerana aku dapat menjangkakan waktu aku akan bersalin. Jangkamasa waktu pendaftaran hingga aku ke wad bersalin hanya mengambil 10 minit saja.
Aku terus ke wad bersalin, menukar baju dan terus dipaksa meneran. Semua berlaku dengan sangat pantas. Ketika ini suamiku masih tidak muncul dan aku terus bertanya supaya memanggil beliau. Aku meneran walaupun langsung tidak merasakan ‘surge’ kelahiran. Aku langsung terlupa tentang HypnoBirthing memandangkan semua jururawat yang aku anggarkan seramai 8 orang berkelakuan seperti pasukan pom-pom.
‘Push kak, push, push, push. Kepala bayi dah keluar tu. Teran lagi, teraann’
Entah berapa kali aku dipaksa meneran. Aku terus meneran dan seperti kata Pn Soo, memang sakitlah sangat kalau kita tidak rasa sakit tapi meneran. Ini adalah pengalaman pertamaku untuk merasa sakit secara normal tanpa mengambil sebarang ubat (baca sebagai dadah). Ketika ini, barulah suamiku muncul. Dan ketika inilah aku merasakan kepala sudah keluar dan bahagian sulitku koyak banyak. Aku terus merasa tidak suka pada jururawat yang memaksa aku meneran.
Kemudian, suamiku memegang tanganku dan mengatakan ‘Tenang sekarang. Sedut pernafasan perlahan-lahan dan bila rasakan surge, baru teran’.
Bagi meneran kali kedua, aku membuat ‘birth breathing’, memekakkan telinga dan menunggu ‘surge’ yang panjang. Alhamdulillah, aku langsung tidak merasakan sakit apabila badan bayi keluar tanpa merasakan sakit langsung.
Terima kasih, Pn Soo! Saya menghargai usaha dan masa anda sangat-sangat! Saya betul-betul menikmati saat-saat ini walaupun pada awalnya ditipu oleh jururawat. Ucapan ini khas untukmu kerana mengajar saya walaupun saya tidak sempat untuk pergi ke kelas kerana ketika itu usia kandungan 37 minggu.
Selepas bayi keluar, jururawat meletakkan bayi di atas tanpa mengelap verniks (selaput putih). Aaah, perasaanku sungguh terharu. Seperti kata Pn Soo, melalui HypnoBirthing, emak tidak akan merasa penat, letih atau mengantuk. Malah, aku boleh berbual-bual dengan jururawat yang sedang menjahit lukaku. Sepanjang malam, aku tidak mengantuk dan mengawasi anakku tanpa mengelip mata walaupun sepicing pun.
Apa yang kuperasan, HypnoBirthing membuatkan emak bertenaga walaupun selepas kelahiran. Sehinggakan terkeluar kata-kata dari mulut suamiku bahawa kelahiran anak kali ini, tidak memberikan dia sebarang tekanan kerana aku mampu berdikari tanpa mengharapkan pertolongan seperti kelahiran pertama. Manakala ibuku pula, hairan dengan bayiku sehingga dia berkata, ‘Kenapa dengan Husna ni? Asyik tidur sahaja dan langsung tidak aktif.’
Selepas aku menerangkan tentang HypnoBirthing, barulah dia faham. Kelakarnya, dia pula mempromosikan HypnoBirthing kepada orang lain.
Secara kesimpulannya, ini adalah perbezaan antara HypnoBirthing dan induksi (ubat cetusan), berdasarkan pengalaman saya:
1. Kesakitan sebelum bersalin
HypnoBirthing: Keluar tanda merah. Sakit selama 12 jam secara beransur-ansur tetapi dapat mengawal kesakitan dengan cara mengawal pernafasan yang betul. Mampu mandi, basuh baju, memandu, mengemas pakaian dan makan.
Induksi: Sakit kontraksi selama 8 jam. Walaupun masih awal, tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa walaupun untuk makan.
2. Cara bersalin
HypnoBirthing: Hanya merasakan ‘surge’ dan teran secara semulajadi mengikut ‘surge’ tanpa merasa sakit.
Induksi: Berada di wad bersalin selama 3 jam dan kontraksi yang sangat kuat sehingga terpaksa dibius. Tidak dapat meneran dengan betul dan kepala bayi ‘stuck’ selama setengah jam sehingga memaksa membuat episotomi
3. Hospital / Doktor
HypnoBirthing: Tidak sempat untuk dicucuk jarum di tangan dan diberi ubat untuk membuang air kecil dan besar. Doktor hanya sempat untuk memecahkan air ketuban.
Induksi: Diberi induction 2 kali. Dicucuk jarum di tangan dan diberi ubat untuk membuang air kecil dan besar. Jururawat marah dengan mengatakan tidak sayang anak kerana tidak meneran dengan betul.
4. Luka jahitan
HypnoBirthing: Luka adalah secara semulajadi. Hari ke3 sudah boleh berjalan agak laju.
Induksi: Episitomi disebabkan bayi sudah lemas selama setengah jam. Hampir 1 minggu terlantar di katil dan perlukan pertolongan.
5. Tenaga
HypnoBirthing: Sangat bertenaga selepas bersalin. Tidak merasa penat atau letih.
Induksi: Muka sangat pucat dan hampir pitam kerana kesakitan yang melampau.
6. Bayi
HypnoBirthing: Sangat tenang. Hanya menangis bila terasa lapar. Sentiasa tidur dan hanya bangun ketika ingin meminum susu.
Induksi: 5 jam pertama adalah mimpi mengerikan kerana bayi sentiasa menangis. Kerap kembung perut. Perlu didokong pada setiap malam selama 1 bulan untuk tidur.
7. Pembuangan air besar
HypnoBirthing: Hari kedua sudah membuang air besar.Sangat lawas sehingga tidak merasa takut.
Induksi: Selama 2 minggu tidak dapat membuang air besar dan langsung tidak lawas walaupun makan bahan pelawas seperti betik.
anyways, scored a fisher price cot mobile!! RM55 je ok, mak suka~
p/s : semalam jalan2 OU, balik tu kemas umah, cuci toilet. pagi ni hambek sakit sikit kat bawah. atau sebab baby dah turun? rasa mcm ngilu2. nak baring kiri kanan pon ngilu2. kalau baby dah masuk jalan alhamdulillah, malam ni check up!
4 comments:
ngilu2 tanda dh dekat kot.. sy pun awal sehari.. tanda2 cirit birit, tapi x buang ape.. sakit je perut 1 malam x boleh tido..esok pg hambek dh buka1 cm
thanks for sharing hypnobirthing tips! hope its not too late to apply the technique as well. thanks eena :)
woho...macam best je teknik ni...insyaallah, bley apply teknik ni...thanx for sharing eena...:)
fana : cirit birit masa 7-8bln aritu je. huhu. skang dah takde ape2! hoho.
mymz : yaaa insyallah :)
lyna : hehe try jgn tak try. yg penting jgn tahan sakit, ikut je (mcm dah penah buat je haha)
Post a Comment