Friday, January 10, 2014

Things i try to avoid for my kid(s)

Aku mengaku aku mama yg cerewet. Ikut buku, itu xleh, ini xleh. Haha. Apa org2 tua cakap aku mmg bolayan. Itu anak aku, biar aku didik, zaman mereka dah lepas oopsss jahat di situ haha. Aku faham mereka cuba menolong, makan asam garam dulu, tp teknologi berubah, kdg2 fakta pon bleh berubah ikut statistik, rilek2 jugak tp berpada2 sbb kalo ape2 kita jugak yg tanggung, bkn mereka2. So biarkan je, angguk2 je haha, sorry aku mmg rebel skit, sape jenis sopan santun xsampai hati mmg xsama dgn aku huhu.

Aku mmg nekad fully bf. Alhamdulillah dpt le smp 1thb 3bln sblm disahkan pregnant kahkahkah. Mmg baby fully bf jarang gile sakit, bengkak susu ke, nipple crack ke, jaga malam ke, anak nangis2 konon lapar ke, ahhh sorry aku mmg xdulik, aku lalui je.

Aku mmg ikut buku bila start solid food. Ingat lg kabut cari buah. First puree buah epal yeee pastu avocado. Bubur nasi mmg 7bln ke atas, strictly no salt smp 1thn gitu. Lepas 1thn harammmm hahaha mmg dh xtegas sgt, lantak le nak makan ape. But still, strictly NO to junk food mcm super ring ke cikedis semua tu, maggi jgn harap dan juga air gas. NO NO. Aku harap aku xkan bagi benda2 tu smp anak aku 4thn. Benda2 tu kan byk perasa, dah sah2 xelok, wpon sedap, budak tau nak yg sedap aje, kang mogok xnak makan, sape susah, xkan in the end kita kena give up dan bagi je junk food dgn alasan dah itu je yg anak aku makan. Pls start early yeee, jgn introduce bukan2 kat anak sblm umur yg sepatutnya. Rajin2 masak macam2 utk anak, bg la kentang goreng ke (kentang betul ye bukan beli ready tu), roti ke, blasahla apa2 yg kreatif. Akunye pe'el mmg sentiasa risau kalau anak xmakan, mesti siap2 pikir apa anak aku nak makan ni, japgi mesti dia lapar ni, nape dia xberak ni mesti xcukup makan harini dan lain2.

No ipad or tab. Kadang2 je dlm sehari. Dlm 10min gitu. Aku mmg tegas, when i say no, it means no! Biarla dia nangis ke apa, pandai2 la distract suruh baca buku ke. Aku mmg xsuka dia bergantung pada gadget2 tu. Kalau time aku nak mandi, mmg terpaksa bagi kejap kalo x mau nangis je dpn pintu. Ipad tab pon utk lagu2 abc, 123. Upin dah xsuka dah, tgk kt tv je nak. Kena sentiasa kreatif layan anak. Aku beli flash card boleh tulis padam, aku beli easel black n white board, ala google je aktiviti yg bleh dilakukan dgn anak tanpa kuar byk duit. Kdg2 je kitorg bawak gi playgym semua tu sbb rata2 mcm megakidz midv ke, junglegym bangsar ke, sgt terhad utk 2thn ke bawah, xsesuai sgt lg. Jkids ok. Again, aku mmg mama yg cerewet.

Xsuka anak aku pegang benda2 kotor. Ni mmg sejak azali. Aku mmg cpt geli, aku xsuka tgk org korek idung ke, cite hal berak ke eeeeee geli. Anak aku main pasir pon aku marah, tapi tak lagi sejak baca blog ape tah aritu biar anak explore, aku dh cool down, kalo x aku mmg meroyan dan paranoid. Cth mcm cacing nanti masuk dlm jari ke kahkahkah, kotor2 masuk dlm mulut ke, aku mmg imaginasi tinggi. Tp ameir byk sedarkan aku dan play cool dlm hal ni, dia mmg biar je anak dia main atau pegi mana2 yg dia suka explore, kalau jatuh mmg biar je, satu proses pembelajaran, clap clap, sbb tu aku mmg serah kt dia je kalo outdoor, kalau aku ikut sure menjerit2 meroyan cakap no no jangannn muahahhaaha.

Oklah panjang lak bebelan iols. Checklist tinggal skit je lagi. Xsaba nak gi baby fair kt midv 24.1 ni.

No comments: