Friday, September 27, 2013

Bekerja

Dulu zaman2 single dan kerja, ape ada hal stayback sampai kul9-10malam. Kadang2 kol4pagi dah tercongok aku kat al rajhi tu nak migrationnye pasal. Tp aku happy sebab buat benda yg aku tau dan paham. Benda lain2 mcm c++ yg memeningkan tu xnak pls haha. Setakat support customer xkira waktu ok lg. Meeting dgn US di mana tetibe jadi org penting project, keje time cuti, sabtu ahad. Time single katakan.

Cuba sekarang?

Mau menangis aku. Xpenah2 xtido dgn anak.

Sbnrnya 8jam sehari kita kerja tu dah cukup utk kita buat keje yg sepatutnya. Macam company lama aku dulu, kitorang ada timesheet ok. Kena isi by end of friday, apa setiap hari kita buat, kena cukup 8jam. Ada project code, ada task code, lebih 8jam akan ditanya kenapa exceed, overrun padahal sebelum diberi task, kita akan dpt project schedule. Project schedule ni start diberi tarikh, bila agak2 complete, man days yg diperlukan utk coding cthnya 8jam, so kena pastikan 8jam tu terisi. Impact pada penilaian nanti. Mmg agak terikat tp sistematik supaya kita berdisplin, tau kita katne, kalo hit problem cpt2 acknowledge superior.

Skang xda lagi semua tu. Skang pandai2 sendiri manage time. Kalo diberi pilihan skang, aku nak lebih family time, balik keje sharp, xnak ot. Precious wey waktu dgn anak. Aku kalo kuar ofis lambat 5min pon dah bising sbb 5min tu aku bleh main dgn salman al farisi. Rasa mcm 5min pon sgt berharga ok.

Semalam dia bawak flashcard no 6 ke hulu hilir cakap sixxxx. Aku tanya apa ni, dia cakap lg sixxxx. Bangga weh. Pastu dia amek 2 lak. Aku tanya ni apa. Dia pandang aku dan cakap two! Arghhhhh nape pandai sgt, sorry puji anak sendiri hahahaha. Byk lg la yg dia belajar. Ada tetibe dia bawak huruf T dan cakap T!  sambil bagi kt aku. Huhu. Salman mcm dah makin berat, berkat fm kot? Haha. Kalo tgk upin ipin, tgn tu sure ada siap cakap betul betul betul. Haihhhh. Rasa ketinggalan bila lambat tau perkembangan anak, nak jadi 1st!

1 comment:

Shakina Farhan said...

alahai..teringat dulu c++ tu..benci gile..haha..