Monday, September 24, 2012
tuntut ilmu sampai negara china.
korang perasan x blog ni kuat mempengaruhi? aku mmgla start berblogging dari form4 tp time tu tak ramai sgt yg berblog. berbanding sekarang. makin rancak time nak kawen dulu. wah bukan main blog hopping sana sini, tiru idea orang ni orang tu. dulu2 mana ada candy buffet bagai, mana ada orang nak buat baju nikah/sanding mahal2, mana orang kisah sgt pasal doorgift, pelamin, pre wedding photoshoot! dah memacam kan? pastu pregnant plak. syok je baca orang yg seangkatan dgn kita. apa dia beli, kita nak jugakkk. bumbo seat, nursing pillow bagai agak2 kalo takde blogger yg upkan entry pasal benda2 ni, kita akan tau ke? ok, maybe ada kalau dia beli buku ke pegi kedai ke. tp blog is the in thing now. ape2 mesti eh aku ada baca blog dia aritu, eh blogger tu beli macam ni lah, haritu dia ada review yg ni nampak macam best. tak kisahla dari barang atau kongsi pengalaman mesti sedikit sebanyak memberi info berguna pada kita. contoh lagi, aku nak breastfeed, harap2 dimudahkan sampai 2thn. dah tu, blogger lain lak up entry pasal ni, mesti macam eh best sgt ke breastfeed ni, meh aku nak try. orang beli bumbo seat/jumperoo, kita pon seboklah nak beli sebab tgk macam best je kan. pengaruh blog kuat! jgnla ada sorang up entry tu sure ramai akan ikut. eh ni bukan -ve, +ve la sbb bagusla sebarkan ilmu. kalau dulu tak ramai org tau pasal perineal gel la, hypnobirthing la, memacam la.
ok kalini nak bercerita pasal solid food lak! kalo ikut orang dulu2, dorang bagi nestum je ataupon bubur nasi. aku time belum kawen pon ingat camtu jugak. ayat2 biasa orang dulu2 : alahhh, dulu bagi makan nestum, hidup jugak! bukan masalahnya hidup tak hidup. alhamdulillah dia hidup, sihat. tapi benda ni takleh jangka. ada yg bagi baby makan start umur 4bulan! aduhhhh tp sapela aku untuk bagitau tak perlu. mungkin dia cetek ilmu di situ. mungkin dia tak tau usus bayi belum matang, tak bersedia lagi nak terima makanan selain susu. baca kat bawah ni :
pastu ada kawan aku cite. anak dia mmg dah boleh makan. biasa la time raya2 orang dok suap itu ini. sekali baby ni muntah. bila check rupanya ada kiub2 kecik ceri! eventhough benda tu dah dikoyakkan kecik2, stillll sepatutnya kena dilenyekkan sebab dia takde gigi untuk kunyah macam kita! bila pegi hospital, doktor kata nasib baik sebab lagi skit je usus nak pecah. you can't treat their son like your son because obviously it's not! sistem perhadaman baby lain2. jgn main2 sebab benda ni boleh membawa maut. sukati korang lah nak ikut ke tak. nak tunggu dia sakit ke baru tau makanan tu memberi kesan? baiklah aku hindar je betul tak. dapat anak bukan senang wey.
tapi aku pilih untuk buat solid food sendiri (ok mungkin ameir tlg). apa yg aku dah beli :
1. philips hand blender
2. NUK bowl
3. NUK food feeder
keperluan pemakanan bayi utk 2tahun pertama :
Susu Ibu Adalah Makanan Terbaik untuk Bayi
Memberi susu ibu adalah langkah pertama yang sangat penting untuk memastikan kesihatan bayi anda. Susu ibu bukan sahaja mengandungi segala nutrien, tetapi juga menepati jumlah yang diperlukan oleh si manja. Nutrien daripada susu ibu mudah dihadamkan dan diserap oleh badan bayi. Susu ibu juga mengandungi sebatian imunologi yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit.
bila untuk bagi makan?
1. Boleh duduk dengan sedikit sokongan atau tanpa sokongan, dan dapat mengawal kepalanya. (yup, passed!)
2. Cepat lapar, meminta susu walaupun selepas diberikan susu ibu atau kerap menyusu. (hmmm ni ok lagi aku rasa)
3. Boleh mengawal lidahnya dengan lebih baik. (yup, passed!)
4. Mula mengunyah atau menggerakkan mulutnya ke atas ke bawah seperti mengunyah. (selalu tiru kalau kitorang makan depan dia)
5. Gemar memasukkan benda ke dalam mulutnya. (ni dah semestinya)
6. Menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan, seperti cuba merampas makanan, membuka mulutnya. (dia bukak mulut je, rampas makanan tak)
Makanan tertentu boleh meningkatkan risiko si manja mendapat alahan jika diperkenalkan terlalu awal.
Elakkan pemberian makanan berikut sebelum bayi mencapai usia 12 bulan:
1. Putih telur
2. Mentega kacang dan produk kacang yang lain
3. Makanan bercengkerang dan beberapa jenis ikantertentu, seperti ikan kembung, pari dan keli.
4. Jika bayi anda tidak diberi susu ibu, susu lembu hendaklah diperkenalkan secara berhati-hati kerana sesetengah kanak-kanak mungkin alah kepada susu lembu.
p/s : im thinking of avocado puree for his first solid food! and remember the 4 day rule.
p/s 2 : org tua dulu2 berdasarkan pengalaman dia. org zaman sekarang ikut kajian. mana satu nak ikut ek?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments:
post jgn tak post.kdg2 apa yg i dig n read xjmpe sama mcm org lain jmpe info.cuak gile baca psl ank org tu koma. huhu
kau makan depan salman.buat gaya menyelerakan.aku buat mcm tu kt zaheen.haha..
betul2.. i cukup risau time bawah 6 bulan.. skrg bukan x risau.. still pantau lg..
ai pon ngah study pasal solid food nih...tinggal lagi 3 minggu kot..:) macam orang cakap or ade sesetengah orang kate..bagi awal sikit dalam 5 bulan..tapi ai cube nak melengkap kan penyusuan sampai 6 bulan penuh..:)
avocado??? euwwww....update kalau salman nak makan. haha.
Post a Comment