haaa. tak sempat cite pasal last 2weeks. start hari jumaat tu aku perasan salman al farisi batuk. tp ingatkan makin ok, rupanya makin teruk start saturday. takleh jadi so bawak gi klinik pakar kanak2, salman kena neb :( tapi dia tak nangis pon, siap gelak2 lagi. confuse aku. bermula la episod makan ubat.. satu salbutamol (ni sama fungsi dgn neb tp melalui cara makan, yg neb tu gas) dgn ubat titik hidung sebab dia selsema teruk. malangnya tak surut2. sampaikan kitorang bersilih ganti cuti. isnin aku cuti, ameir keje, selasa aku keje ameir cuti dan so on. sebab aku mmg byk gile keje time tu.. rasa macam loser pon ada sebab anak sendiri sakit tapi mak dia gi keje. pastu selasa kot bawak lagi gi klinik tu, neb lagi sebab kahak kat paru2. pastu rabu pon mcm takde efek, terus shoot tropicana medical centre. pegi emergency sebab ingatkan kena warded hahaha bajet macam teruk la kan (biasala paranoid lebih first time mom). tapi kalo emergency kan doktor biasa je. dia bagi neb lagi. bila dah clear dia cakap nanti nak bagi ubat. aku sound terus, doktor, kitorang bagi ubat dia takde perubahan, boleh tak refer paed. nasib paed ada. sooo jadilah dr yeu tu paed salman. dia cek dan suruh buat fisio. tak abes2 suruh tepuk fisio tu. actually sblm tu lg aku dah google teknik ni dan praktikkan. pastu dptla ubat spray selsema tu which aku rasa berkesan la skit. dan ubat nol nol apa tah utk cairkan kahak. mcm ngeri je kan bagi baby byk2 ubat? so aku bagi kadang2 je. alhamdulillah genap 1minggu dah baik dah. pastu aku plak berjangkit! takpe, bagi je baby bf sebagai antibodi dia.
dan harini salman al farisi dah 5bulan. dah merangkak ke depan, menyondol sana sini. risau sgt kalau letak atas katil eventhough dah buat kubu bantal. dia akan tawaf satu katil ok. dah makin lasak. risau je aku takut takde bs nak jaga..kadang2 kul2pagi bangun tanak tido, dok menyondol2 merangkak. saba jelah. hehe.
lagi 1bulan salman boleh makan ok!
No comments:
Post a Comment