Wednesday, June 20, 2012

membebel

uwaaa busynya! nak update pon takde masa. gtalk ada masa lak? eh haruss utk gosip terkini hehe.

anywaysss hari2 tak sabar nak blk. 5.30 sharp je dah hilang. bawak kete pon macam ape dah tapi sejak ada anak ni berhemah skitla aku bawak, ingat org tersayang gitu. nampak je muka baby terus senyum lebar2, cium2 ahhh rindunya! wpon berpisah 8jam je, stilllll!! isnin haritu aku mc. sebab rasa penat sgt dan mcm tak cukup masa spent dgn anak. hahaha. dasar pemalas gi keje.

haritu cucuk 2bulan. kecut mak! takut baby nangis dan tak sanggup/tak sampai hati nak tgk. timbang berat. 5.45kg. lenguh tgn aku dukung. pastu cucuk, aku dah cuak2 menyorok belakang ameir. sekali tak nangis pon. cebik pon tak. cisss. mak dia mmg over. pastu monitor temperature, ok la tak demam. itulah susu ibu! tetibe.

dan weols dah beli stroller ituu. punya la dok drag2, last2 beli jugakla kat babyland ss2 tu sebab kaler coffee brown tu kat tmpt lain dah habis. jgn ckpla pasal black scarlet tu lagila sold out di mana2 kan. very satisfied customer indeed! lightweight. aku siap buat 360darjah pusing2 lagi haha. lipat senang (eh ameir yg lipat, aku tgk je). tayar dia smooth. salman dok dlm tu rilek je, tak nangis. good boy! cumaaa satu je stroller ni. jgnla letak barang2 berat kat handle dia sbb mau terbalik stroller tu uhuhu. dah bawak jalan2 gi carrefour n taman, dua2 ok. salman kalau jalan2 sure tido. pfffttt. baru ingat nak bawak dia jalan2 la kan sbb macam boring je duduk rumah? sekali tido. sebut pasal salman, asyik mengiring jeeee. meniarap mcm berat bontot huhu. main air liur tu dah biasa, buat masa ni rambut aku still tak gugur dgn byk. pagi2 kul7 mmg dah bgn. jgn tekejut tetibe dia cakap dgn ceiling. bila dah penat baru menangis nak susu. still menangis kalau nak tido sgt2, nak susu dan berak.

3x pam kat ofis. dptla 12-15oz sehari. best! rasa puas sbb dpt bg anak minum susu sendiri. lantakla korang anggap aku boob nazi ke obses ke. korang dah jadi mak, akan faham benda ni nanti. selagi tak jadi lagi, jgn ckp sbb kita tak tau seobses mana kita akan jd. orang bg anak air masak pon dah emo2. bg aku senang je, korang dah ada ilmu, praktikkan. korang tau mana yg terbaik, buatla. kalau rasa tgk kat KIM group tu akan downkan korang(sbb susu dorang byk gileee) atau naikkan semangat, terpulang. amik yg mana baik, be positive sudah. aku tau susu ibu yg terbaik, susah nak diserang penyakit. antara NAK dan TAK NAK saje. kalau korang malas, nak tido, senang.. bagi je susu fm. tapi tu anak kita. aku lain, maybe korang pon lain. dari dulu dah niat nak bf anak smp 2thn. lepas je operate, dah tertunggu2 bila nak breastfeed anak. kalau boleh nak anak tu melekat je kat kita. letih tu tolak tepi. malam2 dalam pantang, mengantok tak hengat, nyaris give up sebab takde sape bgtau aku akan sepenat ini (PANGGG perlu ke orang bgtau??). aku sms kawan2 aku tanya dan dorang jawab - a'ah memang bangun every hr menyusu. aku rasa tertampar dgn diri sendiri. dan MALU. kenapa aku putus asa terlalu awal? kenapa dorang boleh, aku tak boleh? kenapa mengada-ngada sgt? esoknya tak lagi berlaku. aku akan bgn duduk dan menyusu anak. tido cukup tak cukup, tolak tepi (masa zaman anak dara aku dikenali dgn opah2 sbb tido awal dan kena cukup 8jam hahaha). tetapkan niat, insyallah semua ok. alaaa pantang tu kejap je. yang bgn tengah2 malam jadi zombie tu kejap jee. dah 1bln lebih nanti okla. kenangan kan :)

rugila sape yg ada susu (SEMUA perempuan ada) but choose not to express milk anymore. takde istilah tak cukup susu, nampak anak tak kenyang. yg kelakar tu, susu kaler kuning diingat susu tak elok. itu kolostrum... paling berkhasiat sekali! lepas kolostrum barula susu matang dan jadi kaler putih. nak bg anak susu badan byk pengorbanannya. tp malam2 senang. takyah bgn buat fm. amik baby, selak baju je. tlglah buat byk research. kita nak yg terbaik utk anak kita! malas semua tu pls lah tolak tepi. "orang dulu2 minum dumex,lactogen hidup jugak, pandai jugak". terpulanglah pada korang, think wisely :)

kebanyakkannya yg kita dah tau pasal susu ibu ni pasal camne nak store susu kan? aku pon baca dari buku tu je. tapiii rupanya byk benda yg aku tak tau lagi. contohnya :

1. susu yang beku, bawak turun kat chiller kena habis dlm masa 24jam dan kalau tetibe tak habis, TAK BOLEH bekukan balik ye.
2. susu dalam tempoh 24jam, boleh campur2 ASALKAN suhu dorang sama. aku masukkan dalam fridge, 2jam lepas tu aku campur dalam 1botol sama.
3. susu beku yg berlainan tarikh, bawak turun chiller, bila dah cair, boleh dicampur ASALKAN tarikh tu dekat2.


ni antara yang aku ingat buat masa ni. byk kan aku membebel? haha

2 comments:

Aty Fared said...

i sokong semua yang u cakap tu..agak lebih kurang same ape yang u pikirkan tu..:)

Anonymous said...

lps ni boleh la meremps dgn anak aku.hehe..
mamakedib