kalo baca sisipan kesihatan mingguan malaysia semalam ada cite pasal ni. dia ada 3type. pospartum blues dgn apa tah lg 2. postpartum blues normally mmg new mom akan kena.. yg 2nd tu kena seek doctors, yg 3rd tu dah agak teruk (gila meroyan).
usually postpartum blues tu akan elok dgn sendiri lepas beberapa hari/minggu. mcm aku, aku kena dlm 2minggu pertama sbb time tu tak dpt adapt lagi. rasa down sgt, nak nangis selalu. tp takdela sampai tahap tak peduli anak. kalo tahap tak peduli anak, tak suka anak tu dah type 3 kot.
aku penah dgr mak aku pesan kat akak aku 4thn lepas "mak takleh tinggal sorang2, anak pon takleh tinggal sorang2". buat pertama kalinya aku setuju statement itu haha. kalo ko tinggal sorg2, ko akan pikir macam2, rasa nak nangis membuak2 so pls jgn tinggal sorang. kalo baby lak sbb syaitan suka kacau, lagi2 maghrib, ko kena duduk dekat dgn baby time ni.
lepas 2minggu, dah ok dah. maybe sbb baby pon dah dpt pattern tido dia dan aku lak kat kampung, ramai org tgk. ada abah, ada mama, ada cik ton. mmg aku tak manjakan anak aku sgt, sekadar bagi susu je haha sebab abah, mama, cik ton memang akan berkepit dgn salman ni! kalo aku gi mandi, abah akan tunggu baby. kalo aku gi makan, mama lak tgk. mmg saling berganti. kadang2 dorang yg main2/cakap2 dgn baby. huhu. cuma time malam la aku berjaga utk breastfeed. mak aku dah cakap "aku tanak la main2 sgt dgn kamu ni, nanti aku rindu, tu aku jalan2 jugak (pegi rumah jiran etc)". yela mesti dorang terasa dah jaga dekat 4minggu kan. huhu. aku pon sure sedih nanti, jgn nangis masa blk nanti sudahhh.
semalam gi cucuk hepatitis B sempena 1bln sudahhh. berat sudah 4.3kg daaaa patutla berat gila aku angkat. nasib baik dia tgh tido time tgh cucuk.. aku tak sanggup nak tgk, takut dia nangis kan. bila kena cucuk, dia merengek uwweekkkk pastu tido blk. hehe. pastu semua pon risau kot2 dia demam. dahla termometer aku tu hazabbbbbbbb sgt sbb kena tunggu lama (sila beli yg letak kat telinga ke dahi ke) so last2 tak tau pon dia demam ke tak. tp bila pegang badan takde rasa panas pon dan dia tak merengek dah, tido macam biasa so tak demam la kot. skang baby dah pandai mengamok! omaigodddddddd time ni kesabaran sgt lah diperlukan! bila sua breast dia akan mengamuk mcm apaaaa, kena dodoi kena pujuk, buat2 tukar pampers baru dia ok blk then bagi breast blk, sekejap je dia dah tido. perangai!! ikut sape tah? :P
3 comments:
haha terigt smlm husband i ckp nk cr termometer. i kata mahal aa termometer. 150. gila ke apa.i kan kedekut.dia pn ckp tak bole eh beli termometer yg masuk kt mulut tu. gila ke apaaaaaaaaaaaaaa.baby kotttttttt.lol.
sedih lak baca dialog mak kamu tu...hahaha.
noks, soh mak ko selalu datang umah aku k. hehe. dont worry, salman always balik utk jumpe opah & atok!
Post a Comment