Tuesday, March 6, 2012

set asas pengurusan uri




haaa. ni salah satu benda nak beli time expo nanti. dkt mumdreams RM35. tak sure kat expo lagi murah ke apa. benda ni memudahkan kita. dulu2 seingat aku, aku tgk mak aku basuh sendiri uri akak ipar aku.. perghhh. darah tak putus2 keluar dari uri ni. pastu rasanya sental sekali dgn limau nipis. pastu tak ingat dah buat apa.. tanam kat mana pon tak pasti sbb aku tak amek peduli time tu hehe. ni produk baru ni aku rasa. okla menyenangkan sape2 yg basuh uri aku nanti hehe.

SET ASAS PENGURUSAN URI Grandma Secret

Isi kandungan:
- Periuk Tanah
- Asam jawa
- Garam
- Kain
- Sarung tangan latex

•Uri dikenali juga placenta atau tembuni.
•Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
•Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkannya busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari bahkan uri perlu diuruskan dengan baik.

Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim dan al-Fatihah dan juga selawat ke atas nabi.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Letakkan uri dalam bekas tanah liat dan tutup bekas rapat2.
8) Balut bekas tersebut dengan kain putih/napkin dan ikat.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam tanah dan tanam bekas tersebut


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


jom buat checklist. ni pasal baby feeding :

1. botol susu (4) - gua dah beli starter set PES Avent aritu. so dlm tu dah siap ada 2 4oz, 2 9oz. (sebok kannnn nak jugak beli starter set! lala)
2. puting botol susu (4) - duh mestila sekali dgn botol susu.
3. berus pembersih botol - ada jugak dlm set tu.
4. steriliser - aku beli Avent microwave steriliser
5. penyepit botol - dlm steriliser tu dia dah siap bg
6. sterilising tablet - gatal beli time pureen warehouse sale aritu. nanti bila2 try
7. nipple cream - ni pon gua dah standby awal2. medela tendercare lanolin. sebab aja cakap ni better dari medela purelan.
8. nursing pad washable - aku beli kat onebabyworld. RM12.90 kot untuk 4.. ke 2? lupa.
9. nursing pad disposable - aritu ada org letgo brand tollyjoy 60pcs rm15. ni tgh pikir nak beli ke tak, kat curve ni bumble bee 72pcs RM29.90
10. breastpump - ni aku ada 2 medela harmony hasil pinjaman akak aku dan akak ipar aku. pastu terpengaruh beli jugak medela swing haha.
11. cooler bag, ice pack - akak aku ada medela punya. guna je yg tu
12. storage bottles - akak aku bg 4 medela storage bottles, aritu beli lagi autumnz 10botol. ni kalau jumpa kat expo nak beli lagi.
13. storage bags - aku baru beli autumnz storage bag aritu. kalau ada kat expo nak beli jugak lagi.
14. nursing pillow - akak ipar aku bagi pinjam. best2
15. nursing bra - baru ada 4. 2 brand autumnz, 2 brand fab mom. nak beli fab mom je pasni.
16. liquid cleanser - bleh plak sesat kat bawah ni. ni awal2 lagi dah beli kat pureen warehouse sale aritu.


yg aku tak beli adalah bottle drying rack. sbb rasa cam tak perlu je. kering jela kat rak biasa tu. haha. dan juga thermos, rasa mcm takde keperluan je?

p/s : tak sabarnya nak cuti jumaat ni! malas gila nak kejeeee ok. sape pegi expo?? c u there :P

1 comment:

Anonymous said...

pergi!!! ari sabtu InsyaAllah ;)