sedih aku baca blog seseorang pagi tadi. aku tak tau aku sorang je yg berperasaan begitu atau org lain pon sama. apa2 pon ini pendapat aku.
anak tu rezeki dari tuhan. bg aku, aku mmg tak merancang. aku takut kalau aku rancang, tuhan mmg tak bagi terus. bila baru kawin 2bln, orang dah mula tanya dah ada isi ke - jawapan aku : rilek dulu, baru je kawen ni. aku bernasib baik sebab ameir mmg dah sediakan kelengkapan rumah - set bilik tidur, peti ais, washing machine, tv, dapur. semua yg basic yg boleh hidup lah kiranya. mungkin aku rasa takdela ralit sgt sebab dah ada semua lepas kawen. bg aku alhamdulillah semua ok selepas kawen, aku takde merungut ni takde tu takde, apa yg ada ada la. kalau nak tambah, tgk dulu keperluan ke kehendak? cth mcm set bilik tidur tetamu. parents aku pon faham orang baru kawen, lagipon sape je nak dtg tido rumah kami? *selain chima? tetibe*. jarang sgt so takyah beli pon takpe sebab nanti nak pindah dah satu hal lak nak angkut kan. hidup ni kena bersederhana je sebenarnya. masa mula2 hidup, rajin gila masak. hari2. setiap resipi nak try. tapi syg, start aku pregnant mmg rasa tak selera langsung nak makan makanan sendiri. jimat ok kalau masak. pandai2 la adjust supaya hidup tu kau rasa tak beban, rilek je. kitorang still bleh berhoneymoon kat PD, berbabymoon kat vietnam, takde masalah. kenapa nak habiskan duit ke arah semua benda yg branded je? mungkin sebab mak aku ajar nak dapatkan sesuatu tu kau buatla sendiri, jgn harap orang lain supaya tau harga duit tu sendiri. lagi satu, pregnant ni bukan perlumbaan ye. sape bunting pelamin kira hebat habis, power habis. siap nak lawan2 tu. pelik aku. dapat pregnant pon dah bersyukur gila. kau nak beranak, ikutla keselesaan kewangan kau. tlglah sedar diri. kalau rasa mmg nak sgt swasta, kumpul la duit sikit2. aku juga beruntung sebab company ameir cover half *daripada tak cover langsung, alhamdulillah*. heran aku gaji byk2 tapi duit tak cukup. dah sorang satu kete. tak hagak2 bayar rm800 sorang. kalau tanya pendapat abg aku ni sure dah kena. itulah org kita, nak belagak saje, padahal tak mampu. tukarla kete yg rm500 je ke. balance rm300 kau boleh buat macam2. eh bykla cara nak jimat. takyah guna pampers, guna cloth diaper pon salah satu jugak. apesal semua benda nak mahal2 je? heran sungguh aku. nak yg terbaik utk anak pon berpada2 la, dia pon kecik lagi, tak tau ape2. dapat dia sihat membesar mcm normal pon dah bersyukur daripada merungut2. beli baju2, pegi la warehouse sale. pandai2 la cari yg murah. NAK SERIBU DAYA, TANAK SERIBU DALIH. benda nak start apa2 pon susah. takkan la semua benda terus jadi senang. adoi. rezeki anak sama jugak mcm rezeki nak kawen, ada je ruang rezeki yang kau tak sangka2. ada je orang nak bagi hadiah itu ini. sama jugak mcm kawen, ada org baik hati nak sponsor itu ini. itu pon dah mengurangkan beban kau serba sedikit. kalau dapat bersyukur, tak dapat apa2 beli sendiri, ukur baju di badan sendiri.
on the other note, ada sorang ni kurang 2minggu pregnant dari aku. tapi selalu je sebok2 tanya aku berat dah brape la, itu la ini la. aku rimas. macam nak berlawan ke apa? eiii lantak kau la berat kau dah nak sama dgn aku ke apa. aku tak ske la org sebok2 hal aku.
cakap ttg orang sebok2 hal aku, sorry aku mmg tak suka. baru2 ni aku upload pic aku gi tgk rumah kat saujana putra. amboi semua buat spekulasi aku nak beli rumah situ. rimas la wey. lantak aku la nak beli kat mana pon. aku pegi situ survey je, tak pernah pegi showroom harusla batak kan. rumah kat situ rm290k, mana lagi nak dpt kat area KL/Sgor ni. tu yg bersemangat waja nak tgk. bila dah pegi, boleh tahan jauh. kalau keje cyberjaya ke okla jugak. pastu tgk jugak rumah tu besar ke kecik ke. kawasan dia camne. benda tu kena amik berat. ni tanya macam aku dah nak beli sgt. ingat rumah tu RM30 je ke? lagipon kitorang beriya pegi sebab deposit dia RM4k ke RM6k tah lupa. kalau nak beli rumah lain yg area lg dekat, ada ke deposit 10% dlm tangan? RM35K ada? RM25K ada? kalau ada baru boleh cakap. ni main cakap je aku mmg bengang la. tak suka la orang sebok2 hal aku. pastu siap sound konon dia tau semua padahal baru beli 1 rumah. pastu aku sound balik, ko kenapa nak tunjuk terer, baru belajar beli rumah ke? hambek geram aku. abang aku pon rilek je, takde lak nak cakap ape2. menyampah dgn orang yg sebok tak tentu pasal, bajet tau semua padahal tak tau pokok pangkal. aku pang gak kang!
7 comments:
woi baru je aku out terus keluar cite pepanjang. tomorrow share ok? ahahahah
-chima yg suke tido di umah eena-
setuju.ukur baju di badan sendiri :)
i think i know who. i pn bace gak. :)
stop whining, and hidup ikut kemampuan. senang je. setiap anak ada rezeki dia.
salam saya pon ada baca blog yg cite psl ni jgk..amboi cara dia berceloteh mmg x bole bla..tp tu hak msg2 la..kalau ko pndai manage gji 4,5k pon cukup la ..ni x sume nk buat mcm zaman xde anak mmg payahla..huhu..pndai2 pk sendiri sbb msg2 da cukup matang kot..nway chaiyok sis. ari2 bkk blog sis ..haha..
hahahaha i tauuuuu post yg mana blog mana. sentap mak nak. mcm la gaji 8k je LAYAK nk pregnant n beranak. duhhhhhhhhh. gaji dkt 10k tp rumah sewa? apsal xbeli je kan? logik lah. kereta smpai 2 boleh plak byr.kalau gaji besar beli la rumah. heh.
i pn sama mcm u gak mula2 dlu awl lagi la nk pregnant ke apa tp kalau dh lekat tuhan nk bg redha jelah.betul apa u ckp tu.kalau sederhana n tak semua nk branded boleh je hidup. apa org gaji 5k ke bwah xbole hidup ah?aku hidup je.lol
i think masing2 ade pendapat sendiri when it comes to this topic. as for me, i'm 50-50 in this situation. i admit that Allah memang dah tetapkan setiap anak ade rezeki sendiri but then it depends on the couples on how to look at this. some think that they're not ready mentally rather than economically. some mmg nak bg stable dr segi economy dulu before having baby.
bagi i it all depends on the couples. orang yg pro bunting pelamin or having baby asap mmg takkan faham kenapa some couples choose family planning & vice versa. but in all honesty, there's nothing wrong in both options. asalkan tak menyusahkan orang sudah. :)
yeah moose. i was one of them too. bila dpt tau pregnant tetibe cuak pikir itu ini padahal sbnrnya takde apa pon. bila dah lalui sendiri mmg best, serious tak tipu. sbnrnya terpulang pada couple tu sendiri camne nak hidup. semua pon bermula dgn susah, camne kita lalui benda tu je yg penting. berjimat jela kan? kena try dulu baru tau hehe
Post a Comment