Friday, January 6, 2012

baby care & insuran & quinny moodd

Baby care & grooming

1. Bedak Baby
sorry iols tak nak guna bedak. rasanya tak berapa elok pakaikan kat baby. aku tgk akak aku pon tak guna bedak, just lotion and baby oil je.

2. Losyen Baby
belum beli lg. macam biasa aim johnson n baby tu je. beli kat watson je nanti

3. Baby Oil
aku punya pon ada lagi. guna yg tu je. haha

4. Shampoo rambut
alamak perlu ke? rasanya for newborn baby tak perlu lagi kot. lg afdal cuci dgn air je sebab kulit baby masih selapis sebab tu dia sensitif (maap terlalu byk tgk astro - real birthing story)

5. Baby Shower
ni aku beli top2toe pureen aritu.

6. Sikat
err tak perlu kot. baby takdela banyak sgt rambut. hari ke 7 kena cukur jugak hehe. sikat guna tangan je sudah

7. Nail clipper
tak beli lg. mcm ngeri je kena ketip kuku baby.....

8. minyak telon/yu yee
tak beli lg. tak tau nak beli yg mana.

9. Vicks
nanti beli kat mana2.

10. cotton balls
sama seperti di atas.

11. nappy rash cream.
aritu ada beli pureen nappy rash cream. org cakap drapolene elok. lantaklah labu huhu

12. Nasal Aspirator
nanti nak beli brand basilic ke apa tah. utk sedut hingus baby kalo tak ameir la jadi mangsa hehe.

14. Putik Kapas
utk apa ni? kalo perlu, aku punya stok byk lagi.

15. Methylated Spirit
takyah. hospital/klinik bagi

16. Thermometer
tak beli lg.

17. dan yang paling penting, bakul utk letak barang2 ni.

aku dah submit borang insuran kat gynae suruh dia isi (doktor biasa takleh, kena gynae jugak). suruh gynae isi pon ada bayaran ok! (bawah RM150). tapi takpe, it's borne by prudential. aku amik prumychild yg early start. dia ada 3 tak silap. 1 prubest start, 1 pruearly start, 1 takde pruearlystart. sape leh amek? any woman age between 18-45 next birthday that is within week 18-35 of her pregnancy. sebelum 18minggu kandungan takleh amik dan selepas 35minggu kandungan pon takleh amik. risiko kan sbb sebelum 18minggu maybe kandungan tak stabil lg, lepas 35minggu lak dah nak terberanak. suppose dari week 18 of pregnancy dah boleh amik tapi tah mcm asyik terlupa. dah lama tau kewujudan insuran ni, even abang aku pon ada cakap and suruh amik. ada perbezaan ye antara early start dgn takde early start ni sbb dia ada waiting period 30hari. atas sebab2 ni jugakla, kitorang decide utk amik early start. prubest start ni lagi bagus tp mahal skit la sebab dia cover macam2 penyakit lagi sampai umur 2thn tak silap. yg pruearly start ni ada jugak cover sikit, yg paling penting dia takde waiting period. kalau yg bukan pruearly start tu dia ada waiting period 30hari lepas bersalin, baru boleh guna medical card baby tu. skang kan sikit2 baby kena masuk wad, inkubator, maybe kena jaundice dlm masa lepas bersalin tu so that's why kitorang amik yg tu. katekanlah masuk wad selama 3hari kat private, maybe dlm RM1K, kita hanya bayar 10% je daripada tu. camtu kot pemahaman aku la. kalo sape2 yg nak amik contact la agen korang. hehe. baby akan ada medical card sendiri, letak nama "child" sbb tak tau lagi nama baby ape kan. ni sekali dgn saving dia la sampai umur berapa aku tak ingt haha. so sape2 yg dah 18weeks tu bolehla consider amik insuran utk baby dalam perut tu :)

hellloooo love at first sight! ni model terbaru quinny okeh. quinny moodd nama dia. hambek kau harga tak agak2 RM3400. hahahahaha. sape2 yg mampu boleh beli stroller ni.






4 comments:

LisaLisut said...

thanks for the info :)
tatau pun psl ni.bole la tanya my agent lepas ni hehe.

stroller quinny mmg sexy(i loike it too).tp harganya pun sexy seksa nya punnnn.hahaha..

Syima Emi said...

stroller merah cantik.

cik shima said...

ketip kuku tu kene beli lah. anak kau nnti kuku panjang, time bf nnti dia cakar breast baru tau. HAHAHAHA

xoxo--eena said...

lisa : tau takpe!! yg terbaru ni menggugat keimanan betul haha

syima : ape? ko nak blanje? hauhaua

chima : tlg ptgkan weh!! ko kan dah jadi bebisitter yg berjaya