avent microwave steriliser
mlm td check up. wah sesuka ati jek skip2 check up. suke confuse bila dah check up 2tempat ni. pastu timing kena btol, tanakla terlalu rapat. so smlm check kat pusrawi. check berat. naik 3.5kg dari bln lepas (so total dah naik 13kg). kalo kat klinik panel tu dah kena tegur, dr zul ni rilek je. scan baby, ok kepala baby dah kat bawah! patutla tgh2 malam nak gi toilet je. pastu aku tanya, kalau kepala dah kat bawah ni, ada kemungkinan ke dia akan naik balik atau dia akan stay je kat situ? dr cakap biasanya dia memang akan stay kat bawah je sebab 1st pregnancy otot2 rahim tak lembut lagi. uri ok, air ketuban ok, position baby ok. mcm biasa ukur2 semua tu, kepala baby 33wk. ikut kepala siapa ni?? haha. tetibe ameir tanya (ameir ok, bukan aku haha). dr takpe ke kalau scan banyak2 kali? sekali dr zul terangkan panjang sekali dah mcm bebel lak aku rasa haha. ok ok dia kata, takde masalah. scan ni just guna pantulan bunyi je, takde radiation, dah terbukti worldwide, tak percaya boleh google. buatla nak buat 20-30kali scan pon, takde efek. tu semua wide spread je. lagi elok scan sebenarnya sebab dari situ kita boleh tau air ketuban cukup ke tak, perkembangan baby ok ke tak. kalau yg jarang scan tu yang problem tu sebab susah kita nak detect. kalau scan senang nak tau air ketuban kurang ke. ha itu pakar perbidanan & sakit puan yang cakap ye.

berjaya membeli avent microwave steriliser, RM90 je uols! siap free satu botol avent lagi. memang mula2 niat murni nak rendam air panas je, baca dlm buku pon ada step2 tu tp ada terbaca cakap tak elok kalau selalu rebus, lagipon rajin beno kitorang ni. akak aku yg lagi rajin dari aku pon guna steriliser, ini kan pulak aku? eh??? haha. nasib baik harga mampu milik (mcm biasa cari yg termurah di pasaran haha). just masukkan air, then segala breastpump dan botol2 pastu masuk dlm microwave dlm 2min pastu dah siap! memang suka benda yg menyenangkan ni. akak aku cakap dia hari2 sterilise breastpump dgn botol2 ni sblm guna. baiklah, mengikut cakap sebab benda logik haha. oh beza microwave steriliser dgn electric steriliser adalah yelah satu kena masuk dlm microwave, satu lagi guna plug elektrik je. tp ikut logik, kalau takde elektrik, yg steriliser elektrik takleh guna, microwave pon takleh guna kan? sbb kalau electric steriliser dlm RM230. baik guna microwave je sebab kalau suhu pon dah cecah 100degree, still leh bunuh kuman2 yg leh menyebabkan cirit birit tu. eh tak sia2 jadi budak sains. cuma kalau nak bawak jenjalan tu, tak semua tempat ada microwave kan? buat masa ni umah aku, umah aku kt kampung, umah MIL semua ada microwave so setel je. benda tu pon kecik, boleh fit into any microwave. (ayat sedapkan hati selepas membeli haha)
5 comments:
mmg wjib sedapkn ati setelah memborong..bru r rsa berbaloi2..ngeh3..blogwalking cni
susah jugak if rumah mak i yg takde microwave.ngaha.damn..kene survey lg ni huhu.by the way ade soalan;
if beli breastpump jenama lain, botol susu jenama lain ok je kan? ke kene sama brand?
or
if let say steriliser u ni jenama avent,bole x masukkan botol susu brand lain? ke tak muat sbb xsama?
i duk confuse bole ke x beli lain2 brand.ngahaha.thanks in advance :)
murah ar brand avent dapat rm 90 jer [jeles] ..:)
iedayah : semestinya! haha :)
lisa : eceh dah mcm kaunselor tak iols haha. a'ah babe ok je tp pastikan muat la breastpump u dlm tu. mcm i guna medela harmony, botol avent, selamba badak masuk dlm tu. tp kan lisa, better u beli yg 1set semua lengkap terus, tapi survey dulu mana yg paling murah, aritu ada nampak RM460. dlm tu ada steriliser, segala botol susu apa tah lagi dia bg tak ingt.
aty : gigih ok mencari nak murahnye pasal. sebab rata2 jual RM120. hehe
macam best ja! tapi i takder microwave. baca review ni, beli microwave pun tak rugi kan!
Post a Comment