bila dah nak jadi mak2 ni, mula la aku terfikir boleh ke aku didik anak aku sebaik mak aku? aku tgk budak2 sekarang tak tau semacam je perangai dorang. macam mengada terlampau, degil terlampau. camne mak aku boleh didik aku jadi mcm sekarang ni? sebab dia cikgu ke? kalo dia tgk sikit cucu2 dia nakal terlebih sure keluar ayat "dulu mama awak baik je, ikut je cakap opah". aku pon rasa camtu. takdela terkinja2 melarikan diri time kat shopping complex ke, tanak pegang tangan ke. adakah faktor pemakanan dan zaman kita sekarang yg buat semua ni berubah? mungkin. atau mengikut tempat? yela, aku dok kampung je. budak2 sekarang mmg lahir kat KL. bila difikirkan benda2 camni rasa mcm eh tinggal kat teluk intan sekarang. senang skit nak perhati. kalo kt KL camne ye, keje balik kul7ptg, bila nak beramah mesra. lagi2 bila anak2 dah meningkat remaja. haaa itu yang kita takut. time kite keje, dia buat apa tak tau. ha fikiran jauh tak aku.
mama abah tak penah guna rotan kat aku. tak penah paksa2 aku. tak penah tengking gila2 kat aku. tak penah kul8 tutup tv pegi baca buku. yg aku tau mak aku senyum memanjang kat sekolah time amik result upsr aku, time pmr pon sama. time spm je tak. haha. tp dorang tak penah paksa kalau tak dpt A siap kau! haaa takde. aku yg fikir kalau aku tak belajar bagus ni malu mama abah anak cikgu.
mungkin org cakap aku anak manja. tapi aku anak manja yang bermanfaat. wah boleh gitu. ada anak manja yg pandai amik kesempatan. ma, nak ni, nak tu. tapi blajar ampeh gak. kalau blaja ok takpe gak. aku anak manja yg mengada2 dari segi apa tak tau. aku tak penah mintak mak aku belikan ape2. ape yg mak aku bg, itula yg aku amik. duit belanja rm1 time sek men aku tak penah mintak up kan padahal kawan2 aku semua rm2, rm5. aku rasa mak aku bg rm1 tu pon mcm penat lelah, sian dia keje teruk2. gitu baik tak aku. tu aku kadang2 takleh terima kalau anak yang sikit2 mintak mak. mak belanja tu mak belanja ni. ey pls lah. lagi malu kalau kau dah berkerja. ntah, maybe thats just me. terlalu fikirkan orang ahead of myself. tu pasal aku kawen setelah aku keje. tetibe kan. sbb aku tanak menyusahkan parents aku. bukan dorang tak berduit. tapi aku rasa aku mcm tanak sentuh langsung bahagian dorang. tapi kalo dah kuar "itu niat abah", takleh kata apa la.
aku tak suka apa2 yg menyusahkan parents aku. cth guna phone rumah utk call hp pon aku dah bengang sebab kau ada hp sendiri kan, call laaa guna prepaid sendiri. ha sampai gitu. bg aku dorang dah bersusah payah membesarkan, kite senang2 mintak. kite tak tau apa yg perlu dorang lalui. yg kite tau, mintak mintak mintak. dok kolej susah gi fakulti, mintak kete. ya allah. kalo orang senang aku tak kisah. ni setakat nak bergaya aku rasa tak yah la. lagi best kalau kau keje sendiri, kumpul duit sendiri dan beli kete sendiri, bayar bulan2 utk tau betapa sakitnya duit yg dikeluarkan. dulu belagak, nak beli kete mahal2 saje. sekali kena brainwash dgn abang. yela time tu tgh muda apa tau. mode nak belagak saje. skang? syukur gila kot. kalau kau beli cth la kan kete myvi, bulan2 rm600. tiap kali servis rm200. insuran roadtax dkt 1k. time tu single. tak tau la bg aku mcm agak membazir sbb kau sorang. biar la sekarang aku dgn kete kecik aku, bayar bulan2 tak seberapa, masih boleh bergerak meluncur laju siap bleh merempit tengah2, minyak yg tak semenggah rm30 seminggu, servis rm100, asalkan boleh bergerak. mak aku selalu pesan "kalau naik lori pon apa salah, asalkan boleh sampai".
mungkin aku kedekut. tp aku rasa duit tu boleh dibuat benda lain yg lagi berfaedah. spt kawen dan sekarang, utk baby.
thanks mama abah sbb raise aku camni. aku tak sure aku boleh ke tak jadi mcm mama...........
No comments:
Post a Comment