tadi cite2 dgn housemate aku, dia cakap dia kenal dah perangai aku camne. normal la kan dah lama duduk sekali. tapi aku saje tanye ape. salah satu yg dia sebut, kalau orang buat pasal dgn aku, aku memang akan kasar terus, tak jaga perasaan orang itu. aku terdiam. dan terus cakap, saya mengaku! selama ni aku penat jadi baik. aku diam bukan bermakna org boleh pijak2 aku, boleh kutuk2 aku. hoh. silap orangla kalau kutuk aku. tu mmg pantang aku. so sape nak kutuk aku, sila pastikan tidak sampai ke telinga aku. kalau sampai, maybe :
1. aku takkan tegur dia lg
2. aku akan gaduh teruk dgn dia
3. aku akan sound kaw kaw pastu tak tegur dah
GILA DAN SAIKO KAN? yep, that's me. tapiiiii itu hanya applicable kalau apa yg dia kutuk tu adalah benda yang tidak benar. kalau benda tu betul, aku agree siap sambung kutuk diri sendiri. hahaha ok tetibe. seriously u dont wanna mess up with me. bila aku dah mengamuk mmg takde sape boleh pujuk. nak suruh aku mintak maaf memang tak la. ego aku memang setinggi langit. ITU, sekali lagi, kalau dia buat andaian salah. kalau aku tau aku yg salah, aku sendiri akan minta maaf. tapi jarang kot muahahaha. kejam sikit di situ.
anyways, aku nak cite pasal benda2 yg SANGAT simple tapi tak tau nape setengah orang anggap benda ni sgt remeh dan besar.
1. spt biasa korang semua tau aku nak khemah aku semua putih. dan aku rasa korang semua pon tau tak semua org bersetuju dgn ini. asalkan ada approval ayah aku, org lain takleh cakap ape. tapi, mereka2 ini masih berdegil dan sebok cakap blakang yang aku ni cerewet. ape2 je kene lalu QC aku dulu. errr DUH?? I'M THE BRIDE HERE??!! HELLO?? aku cerewet sebab aku ada taste aku sendiri. aku bukan cerewet sebab aku dimanjakan dari kecik. lagipon aku tak rasa aku menyusahkan ayah aku sgt (though i still appreciate what he's done) sebab apa yg diperlukan adalah cakap "scallop khemah semua warna putih ye". dan kaler putih tu adalah kaler basic yang perlu ada utk setiap khemah. setuju bukan? tak mungkin org khemah takde kaler putih kan? dan takkanla ayah aku nak jumpa sampai 3-4orang khemah? mestila dia jumpa 1 je dan terus tanya kan? dah lepas benda tu, setel la kan? apa lagi yg tak puas hatinya?? sebab aku still pilih putih? LAINLA KALAU AKU MINTAK KALER YG PELIK2 MCM HIJAU TURQOISE KE. ni logik la, putih. putih. paham tak putih?
2. bunga telur aku ada 4 kaler. "tak penah dibuat orang la" "taste tah ape2 la" "biasanya orang buat 1kaler jela" first of all, pelamin aku kaler putih with flowers sikit kat atas. kau rasa kalau satu kaler je, cantik ke? tu je aku nak tanya. lagipon aku rasa, bunga pahar/bunga telur je kot. yang nak diperbesarkan sangat tu apehal? benda senang nak dirumitkan apehal? "kena la fikir tukang buat bunga telur tu nak cari bahan, nak runtuk masa bila lagi". aku nak cakap 1 je. aku dah bagitau 2bln lebih yg lalu, dan aku tak nak tau ape2 pasal benda ni sebab kita bayar dia utk dia siapkan. lantak dia la nak cari bahan ke ape ke, pandai2 dia la nak set masa dia sendiri ok? apehal aku nak pikir on behalf of tukang bunga telur pulak???????
3. "eena tak rasa susah nak kawen". ape? kau nak aku buat sendiri semua ke? memang aku tgh buatla ni. perlu ke aku bgtau kau ape aku buat? lagipon zaman sekarang, bukan macam zaman kau dulu2. yang siang malam kene buat bunga penanggah la, doorgiftla. kau paham tak doorgift aku ada 1 je dan masukkan coklat je dalam tu. aku tak bagi segala paperbag semua tu dan benda tu dah setel dah pon. kau nak aku buat bunga penanggah? sorry, zaman skang guna button badge. kau tak tau button badge ke? oh yela, aku yg nak kawen kan. serious aku cakap, zaman sekarang ni dah BANYAKKKKKKK berubah. apa kau nak, kau tempah online, esok dah dapat. takde susah2 lagi. cuma terpulang pada individu sendiri je. kalau terasa nak buat, kau buat. aku? malas. so jgn nak samakan kau dgn aku. kau maybe suka buat benda2 remeh semua tu, tapi aku tak, aku tempah. so nampak mcm aku rilek skit kan? pehal? JELES?
boleh tak sbnrnya benda senang dan simple camni jangan nak besarkan? banyak benda lain lagi nak fikir.
4 comments:
YANG HIJAU TURQOISE TU AKU TERASA
pang! hahaha
dah..dah..cool kan diri.
hidup PAS.
asal entry bakar bakar je ni lately? hahahaha takott bridezilla!!!
ntah. nasib baik tak sebut tiffany blue. mau sentap aku.
pasal button badge, baru teringat belum follow up lagi....minggu depan.
Post a Comment