dah lama tak bersuka ria. bersuka ria maksud di sini adalah bergelak ketawa non stop sambil berjalan2. minggu ni aku berulang alik ke rumah kakak. sbb parents aku ada kt sini, jaga anak akak aku yg kena chicken pox. rabu dah berjanji dgn chima n asmida, sbb dorg tido rumah mlm tu. wah tidak sabar nak pulang dari kerja! nampak je dorang terus aura nak gelak tu ada. mlm tu lepas makan terus tak tau arah tuju dan suggest tgk khurafat tapi nan hado tiket, terus ber karok. aik mak midah halfway je?? sbb sakit perut. nasib baik kalo tak sure dia conquer hahhaha kidding. mlm tu aku terbangun kul5pagi (bkn sbb nak bersiap2 pegi batu caves ye spt yang diwar-warkan oleh mereka) tp sbb bunyi kipas mcm kuat gila takut nak runtuh je.. sape laaaa tak reti pelankan kipas angin ni? (asmida). esoknya siap2, saje call mak aku nak tak dia ikut gi jalan tar. tapi naik lrt la, naik kete gua tak rasa yakin dgn jem dan pendek kata malas. mak gua nak join. biasa ah dgr je jalan tar sure pempuan suka. sesampai je dah borong tudung. aku pon dah malas pikir beli je tudung off white yg murah. yela, nak cari awning thai silk kaler lilac takde kan (sure dorang menyampah). pastu jalan2 lg makan dan jalan lg. kitorang dah penat gile, masing2 suruh dukung. tapi mak aku rilek lg siap cakap tak penat pon. T_T. blk tu naik la lrt blk kan. semua muka dah toya sbb penat gile. masuk lrt masjid jamek, dapat pegang tepi. tiba2 aku terpandang ada budak2 pempuan duduk kat seat tepi tu. mak aku pegang pemegang tepi tu. tiba2 aku menyirap darah terus terasa nak sound.
kak ina : eh makcik sini la, boleh sandar.
mak aku : eh tak payahla. ok je ni
aku : KAK INA, NI BUKAN TEMPAT DUDUK ORANG TUA KE (sambil jari telunjuk tunjuk kat seat 2orang pempuan tu tgh duduk)
kak ina : eh.. a'ah (cakap sambil malu2 sbb aku sengaja sound kuat2)
mak aku : ish.. takpela.
aku : ape plak. (aku mmg takleh benda2 begini dinafikan)
TAPI BUDAK PEMPUAN 2 EKO YANG KONON MEKAP CECANTIK BAJU CECANTIK TU HANYA JELING KT AKU PASTU BISIK2 PASTU JELING2 LG. APEHAL?? aku dah panas dah. chima dah tlg jelingkn utk aku (tengs chima)
tapi mereka bodoh sgt sbb tak tau samada pekak atau buat2 tak dgr atau anggap mak aku muda lagi tapi dorang tak bgn ye. aku dah meluap luap emo nih. tiba2 kl sentral ada ramai org nak berenti kan so ada la yang bgn.. kat belah sana.
aku : MA, JOM GI BELAH SANA. TAK PAYAH DOK SINI!! JOM!!
budak 2 eko tu pandang aku dan jeling gila gila sampai dorang nak keluar pon jeling lg. aku cakap APEHAL?? BAGUS PON KELUAR!! aku rasa semua org pon dgr. sorry, takleh control.
first, aku dah sound. kau tak faham lg
2nd, takkan aku yg kena cakap "dik, boleh bg duduk?" KAU YG PERLU ADA KESEDARAN SIVIK. EVEN KAU MENGANDUNG PON, MEMBER SEBELAH KAU TAKLEH BGN KE??" aku rasa tak salah kau pelawa even kalau mak aku tolak pon. budi pekerti tu tak diterapkan dari kecik ke?
3rd, yang kau nak jeling aku ape masalah? kau yang salah kau patutnya malu dgn perbuatan kau, tunduk ke nangis ke ni tak, ada plak hati nak jeling2. mmg salah org la beb!
tanak bg aku emo senang je, eh bkn aku sorg je semua org la. berfikir sblm buat ape2. contoh park kete depan gate rumah org, tidak rasa bersalah tidak mempelawa duduk seat kepada org yg LEBIH memerlukan.
kau fikirla kan, kalau kau tak bg seat pada mak aku aritu, kau rasa apa perasaan kau kalau mak kau takde sape nak pelawa seat? atau kau tgh mengandung penat lelah semua tapi semua org buat bodo. HAISHHH LAAA MALAYSIANNN WAKE UP!!!
aku apa lg. cite kt akak aku. yela dia kan hari2 naik lrt. memacam perangai. ada sekali nak hantar ayah aku tu tapi semua seat penuh. tapi akak aku sengaja je cakap kuat2 "abah tanak duduk ke? betul ke abah tanak duduk ni? kalau nak boleh suruh dorang ni bangun". lepas akak aku cakap camtu barulaaaa ada sorang laki pelawa ayah aku seat dia. itu pon ayah aku cakap "eh boleh ke ni, takpe ke ni". KAU TGK? akak aku cite lg, time tu kawan dia mengandung berdiri sebelah dia. tapi takde sape pelawa...... KESIAN TAK? pastu terus akak aku cakap "eh kau bukan mengandung ke? kau boleh ke ni? kang pengsan plak kang". barula ada orang pelawa lagi.....
WEY SEDIHLA DGN SIKAP MEREKA INI! aku... kalau nampak je orang tua terus automatik rasa sedih tau tak! inikan mereka yg takde hati perut. TAK FAHAM!
eh panjang plak aku emo kan? ok, sila amik iktibar.
ape2 pon blk je dari jalan tar terus asmida tanya. kau buat apa malam ni eena? eh apehal plak tetibe pempuan ni tanye. rupanya2 mak midah dgn chima kepenatan and nak tido lagi rumah ai. WADUHHH SUKE BANGET. tp sblm tu konon2 kate penat kan? tapi hari masih muda. angkut mereka ke cineleisure, tgk khurafat. hahaha. anta mak aku kat ikea jumpa akak aku then off we go for khurafat. cite? tak faham sbb 80% aku tutup mata dgn rambut (yela dorang pakai tudung tutup dgn bucu tudung, aku??). last2 tak feeling siap sembang dgn asmida paksa dia tgk utk aku hahaha. rugi plak kan korang?? pastu blk tu makan, milo pecah, mandi dan main old maid. HAHAHAHHA old maid if u guys wondering, it's a game. alaaa yang ada kad tu. ihihihih. sape dpt kad paling last iaitu old maid, kita boleh panggil dia old maid! dan pemenangnya adalah chima. see, aura kami mmg tepat.
ah penat taip. takde cite dah kot. k bye
3 comments:
penat baca
hahahahahhaha
oi gelak
Post a Comment